#2


Seperti yang tidak diketahui ramai, Dina ada dengan I sekarang ni.
Bukan main nyenyak dia tidur.
Semalam sebelum tidur, I sembang dengan dia.

Dina: Auntie, bacakan Dina bedtime story.
I: Baca sendiri.
Dina: Malas.
I: Kenapa malas? Bukannya susah pun.
Dina: Malas. Semua pun malas. Terutamanya belajar.
I: Kenapa malas belajar pulak?
Dina: Sebab, kalau kita belajar rajin-rajin, nanti kita kena guna banyak duit. Mama selalu suruh Dina simpan duit. "Untuk masuk universiti" katanya.
Kalau Dina malas belajar, kan dah tak payah masuk universiti. 
Duit tu Dina boleh guna untuk beli mainan banyak banyak banyak.



-.-'
(Just my niece)